Video

Saturday, June 26, 2010

Remaja Puteri Pahang Terdidik di Kem PESONA

KUANTAN, 25 Jun - Alhamdulillah, Kem Personaliti Remaja Puteri ( PESONA ) anjuran Biro Haluanita, HALUAN Pahang berjaya diadakan buat julung kalinya pada 14 – 15 Jun 2010 bertempat di Kem Sultan Ahmad Shah, Kg. Pandan, Kuantan. Seramai 62 orang remaja puteri berumur antara 13 hingga 18 tahun dari daerah Kuantan, Pekan dan Temerloh telah menyertai kem ini dengan tema `Mengenali Diri`.


Menurut Pengarah Projek, Puan Hjh Norsaadah bt. Abd Hamid , program ini bertujuan memberi kesedaran dan kefahaman kepada pelajar-pelajar puteri mengenai matlamat hidup yang sebenarnya sepertimana yang dikehendaki oleh Allah SWT. Kefahaman mengenai matlamat hidup inilah yang akan berjaya membentuk remaja menjadi hamba Allah yang sentiasa mengamalkan Islam sebagai cara hidup mereka.

Disamping itu, tujuan program adalah membimbing pelajar puteri ini mengenali diri dan merangsang mereka untuk meningkatkan potensi diri untuk lebih cemerlang sama ada dalam akademik, ibadah khusus dan personaliti diri.

Berbagai aktiviti telah diadakan sepanjang 2 hari program ini yang meliputi aspek spiritual, intelektual, fizikal dan emosi. Antara aktiviti menarik yang dijalankan termasuklah ceramah dan kaunseling dari pakar motivasi yang didatangkan khas dari Haluan Pusat iaitu Dr Azizan b. Ahmad dan Pengarah Kem Pesona Puteri Haluan Malaysia Dr. Wan Muhaizan bt Wan Mustafa.


alt alt


Menurut Ketua Projek Kem ini, Pn Rahmah bt Abd Manan, sambutan yang diterima oleh pelajar puteri ini sungguh menggalakkan dimana mereka kelihatan ceria, bersemangat dan saling memberi kerjasama yang baik bagi menjayakan setiap program yang dijalankan. Bagi mereka, kem yang diadakan di musim cuti persekolahan ini telah berjaya memberi banyak manfaat bagi mereka terutamanya mengenali diri serta berinteraksi dengan rakan-rakan yang belum mereka kenali sebelum ini.


Aktiviti menarik lain yang dijalankan termasuklah `ice breaking`, latihan dalam kumpulan (LDK), demontrasi memasang khemah, explorace tarbawi, `wall climbing` , bengkel, persembahan kumpulan dan kuliah subuh. Suatu yang menarik dalam program ini ialah tayangan multimedia dan perkongsian isu umat Islam di Palestin. Perbandingan antara nasib kanak-kanak di bumi Palestin yang belajar menuntut ilmu dengan serba dhaif di bawah khemah dipinggir runtuhan bangunan sekolah yang musnah akibat di bom oleh Yahudi berbanding dengan keselesaan pelajar-pelajar di Malaysia menuntut ilmu.

alt



Setiap aktiviti yang dijalankan disulami dengan pengajaran, hikmah dan falsafah yang boleh dipelajari oleh peserta. Ianya bertujuan membentuk remaja yang mempunyai keseimbangan hidup dan jatidiri yang tinggi. Aspek kemurniaan akhlak amat diterapkan dalam kem ini dimana remaja diasuh agar sentiasa memelihara akhlak dengan baik kerana inilah neraca keindahan dan kecemerlangan bagi individu muslim sejati iaitu mereka yang mempunyai akhlak yang mulia dan terpuji.



Kem Pesona Puteri yang di kendalikan oleh Pn. Azzah Salimi bt. Mohd Nasir selaku Kem Komandan telah berjalan dengan lancar walaupun ianya pertama kali diadakan oleh Biro Haluanita Pahang ini. Kem ini telah diakhiri dengan ucapan penutupan dan penyampaian sijil penyertaan serta cenderahati kepada semua pelajar dan fasilitator yang terlibat menjayakan program ini oleh Puan Hjh. Zaini b. Musa, Ketua Biro Haluanita Pahang.

alt alt



Dalam ucapan penutupnya, Puan Hjh Zaini berharap program ini mendapat keredhaan Allah SWT jua dan mendoakan agar semua puteri yang menyertai kem ini akan menjadi remaja yang solehah dan pelajar yang cemerlang. Beliau juga menyarankan agar kem Pesona ini dapat dijalankan lagi di masa akan datang sebagai program tahunan tetap biro Haluanita Pahang.

Akhirnya, beliau mengucapkan terima kasih serta penghargaan kepada semua pihak yang terlibat menjayakan kem ini termasuklah pihak pengurusan kem, Jabatan Pelajaran Pahang, para penderma dan penyumbang , wartawan Sinar Harian Kuantan dan semua fasilitator dari Haluan Siswa dan Kelab Remaja Haluan ( KeARAH ).


Disediakan oleh,

Biro Penerangan Haluanita Pahang
read more...

Tuesday, June 15, 2010

152 Ahli KeARAH Jayakan KAHFI Timur

13 Jun, Kuala Terengganu - Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Zon Timur telah berjaya mengadakan Kem Asah Fakulti Insan (KAHFI) bagi kali pertama pada 3 – 5 Jun 2010 sempena musim cuti persekolahan. Kem ini telah dikendalikan dengan jayanya oleh barisan Kelab Fasilitator KeARAH dan Kelab Siswa HALUAN (HALUANSiswa) zon Pantai Timur.

alt

Program ini berfokuskan kepada pelajar sekolah menengah yang telah menjadi ahli KeARAH dalam rangka menyatukan para ahli dari Pahang, Terengganu dan Kelantan. Kem yang bertemakan “KeARAH Menongkah Cabaran”, telah berjaya membangkit semangat peserta di sepanjang program yang telah dijalankan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Alhamdulillah, seramai 152 peserta yang terdiri daripada 70 peserta putera dan 82 peserta puteri telah berjaya menghadiri kem tersebut yang bermatlamat untuk membina dan memupuk ukhuwwah serta memperkenal dan membimbing peserta tentang cara dan kepentingan bekerja secara berorganisasi. Selain itu, kem ini direncana untuk mewujudkan sifat kerjasama dikalangan peserta dan melahirkan peserta yang mempunyai jati diri dalam pelbagai aspek dan mampu menjadi pemimpin masa depan.

alt

Komandan KAHFI kali ini adalah Saudara Ahmad Faris bin Zakaria dengan dibantu oleh saudari Dhabitah Thaqifah bt Yaziz bersama dengan kekuatan fasilitator seramai 10 siswa dan 14 siswi dari pelbagai IPT. Kem ini dipimpin oleh pengarah muda, saudara Mu’adz bin Mohd Fauzi dan saudari Mariah Fadhilah binti Hasnan sebagai timbalan pengarah. Secara keseluruhan, perjalanan kem ini berjaya mencapai objektif yang ditetapkan, Alhamdulillah.

Pelbagai slot menarik dihidangkan buat para peserta. Antaranya slot yang dinantikan oleh remaja KeARAH iaitu bersama En. Razali Maarof, pakar motivasi dari HALUAN dan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD). Beliau mengupas tajuk "Cabaran Remaja Masa Kini" yang telah berjaya menghidupkan suasana teruja kepada para peserta tatkala mendengar kupasan bersemangat dari beliau.

Sebagai persediaan dan langkah memantapkan tarbiah ahli KeARAH, tajuk "Tarbiah Dzatiyah" dibicarakan agar para peserta merasai kepentingan proses tarbiyah kendiri dalam membina peribadi remaja. Tajuk tersebut telah dikupas oleh Cikgu Kamaruddin Deraman, Timbalan Yang Di-Pertua HALUAN Kelantan.

Peserta turut melalui aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), aktiviti KAHFIrace dan Aqidah Night” bagi menguji ketahanan mental, jasmani dan rohani peserta. Sesuai dengan pepatah arab yang bermaksud otak yang cerdas berada pada badan yang cergas, ia amat bertepatan dengan objektif keempat kem iaitu membina kecergasan para peserta. Dengan berbekalkan ketaqwaan yang dipupuk di sekolah dan KAHFI, diharap para peserta dapat memanfaatkan cuti penggal persekolahan dengan aktiviti yang bermanfaat.

Semoga bekal yang peserta perolehi berjaya mengawal nafsu yang sentiasa bergelojak dan iman peserta mengondol juara dalam pertarungan mujahadatul nafs ini. Peserta perlu implementasikan tarbiah Dzatiyah dalam diri kerana hanya itulah yang membawa diri peserta dalam menongkah mencabar dalam kehidupan ini. Jazakallahukhairan wa jaza’ diucapkan kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan KAHFI 2010 Timur ini. Semoga amalan ini dijadikan pemberat mizan di akhirat kelak, InsyaAllah.

read more...

Monday, June 7, 2010

HALUAN Pahang Sertai Sambutan Kepulangan Wira LL4G di KLIA

SEPANG ,6 Jun- Alhamdulillah, HALUAN Pahang yang diketuai oleh Timb YDP, Sdr Ramli Ngah berkesempatan menyertai sambutan kepulangan 12 sukarelawan Lifeline4Gaza yang disambut dengan meriah sebaik sahaja mereka tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur. Sambutan terhadap wira negara ini disambut oleh Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhuyidin Yassin dan turut bersama ialah para ahli keluarga relawan, sahabat handai dan badan-badan bukan kerajaan. Turut bersama dalam majlis sambutan ini, ialah kepimpinan HALUAN Malaysia yang diketuai oleh Dr. Abdullah Sudin Ab Rahman, Presiden HALUAN Malaysia.

Perasaan gembira, sedih dan terharu jelas terbayang pada wajah sukarelawan yang tiba di tanah air. Mereka yang menunggu sempat bersalaman, dan mengucapkan ucapan tahniah kepada semua ahli sukarelawan LL4G.

“Kami tidak sangka dapat keluar dari Israel seawal ini. Kami rasa kami akan duduk di sana dalam sebulan, dua bulan atau mungkin setahun dua tahun lagi.

“Kami tahu Kedutaan Malaysia tidak akan masuk kerana tidak ada hubungan diplomatik (dengan Israel),” kata ketua misi Lifeline 4 Gaza (LL4G), Noorazman Mohd. Samsuddin.

alt

Berkongsi pengalaman ketika ditahan tentera Israel pada sidang akhbar di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejurus tiba di tanah air awal pagi ini, kesemua 12 sukarelawan itu memanjatkan syukur kepada Allah dan berterima kasih kepada Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Jordan yang berusaha membawa mereka keluar dari Israel secepat mungkin.

Tuan Haji Noorazman dan sebelas lagi sukarelawan Malaysia berada dalam kapal Mavi Marmara yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza ketika diserang tentera Israel pada Isnin lepas, tiba di tanah air kira-kira pukul 5.40 pagi ini.

“Wira sebenarnya bukan kami. Wira yang sebenar adalah mereka yang berdoa, bersolat hajat dan berusaha untuk keluarkan kami. Kamulah sebenarnya wira-wira itu,” kata ketua biro Palestin Haluan Malaysia itu.


Mereka yang diraikan itu ialah ketua misi sukarelawan, Noorazman Mohd. Samsuddin diikuti Dr. Mohd. Arbai'e Syawal, Dr Syed Muhammad Haleem Syed Hasan al-Haddad, Al-Hami Husain Suhaimi, dan Mohd. Nizam Mohd Awang. Kesemua mereka ini merupakan sukarelawan dari HALUANPalestin. Tujuh lagi sukarelawan ialah Hasanuddin Mohd. Yunus (Aqsa Syarif), Jamuliddin Elias;(Yayasan Amal) Dr. Selamat Aliman (JIM); Abdul Halim Mohd. Redzuan; (Muslim Care) Mustafa Mansur (MAPIM); Ashwad Ismail (wartawan Astro Awani) dan Shamsul Kamal Latif (jurukamera Astro Awani).

alt


Pada jam 8.15 pagi para sukarelawan bergerak menuju kediaman peribadi Perdana Menteri Malaysia untuk bertemu dengan perdana menteri dan bersarapan di sana.


Kemudian, aktivis dan ahli keluarga bergerak menuju ke Dewan Merbau Seksyen 17, Shah Alam bagi bersama-sama menghadiri majlis Sambutan dan Sidang Media anjuran Pasukan Pengurusan Krisis (CMT)-LL4G yang bermula pada jam 12.00 tengahari

Di sebelah malam pula, para aktivis dijemput menghadiri sesi perkongsian pengalaman bersama 12 sukarelawan yang diadakan secara siaran langsung dari studio angkasapuri, RTM. Dalam sesi yang diadakan pada jam 10 malam ini secara langsung di RTM 1, para sukarelawan telah berkongsi pengalaman mereka sepanjang berada di dalam kapal Mavi Marmara dan juga berada dalam tahanan Israel. Perkongsian selama sejam 15 minit, memberi gambaran secara jelas akan tindakan kekejaman Israel dan ia membuktikan bahawa Zionis Israel akan melakukan apa sahaja untuk menghalalkan tindakan zalim mereka terhadap penduduk Palestin.

read more...